Bengkel Hands-On Setup WhatsApp Business Untuk Lonjak Jualan
Dari WhatsApp Biasa Kepada Kedai Online Yang Dipercayai Dan Jimat Masa Layan Pelanggan!

Bengkel Hands-On Setup WhatsApp Business Untuk Lonjak Jualan

Bengkel praktikal 3 jam khusus untuk peniaga mikro dan asnaf menguasai fungsi pintar WhatsApp Business. Belajar langkah-demi-langkah (hands-on) cara membina profil kedai yang profesional, menyusun katalog produk, dan menetapkan sistem balasan automatik demi menjimatkan masa dan menaikkan kepercayaan pembeli untuk melonjakkan jualan perniagaan anda.

MARKETING 📅 12 Aug 2026 🎟️ 19 tempat lagi
RM 50.00

Daftar Sekarang

Apa Yang Anda Akan Pelajari

✓1. Setup Profil & Kedai
✓2. Sistem Katalog Produk Digital
✓3. Sistem Balasan Automatik
✓4. Pengurusan Pelanggan

Pengajar Anda

H

Haslinda binti Abdul Hamid

Digital Marketing, Company Setup (SSM Registration, Company Profile etc.) Virtual Assistant, Corporate Wellness Program

Graduan Teknologi Maklumat (IT) daripada institusi MARA dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Pentadbiran, Sumber Manusia dan Latihan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kini merupakan Pengasas E.O.S. WORLD, sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), memfokuskan kepada pembangunan usahawan melalui latihan, pendigitalan perniagaan dan pemasaran digital. E.O.S. WORLD turut menyediakan perkhidmatan rekaan grafik, penyediaan dokumen korporat, pengurusan program Corporate Wellness, serta pelaksanaan program kerjasama bersama agensi kerajaan dan sektor korporat.

Bidang Kepakaran & Pengalaman

• Membantu usahawan asnaf dan usahawan mikro membina sumber pendapatan dengan menghubungkan mereka dengan agensi kerajaan dan peluang latihan keusahawanan.

• Mengendalikan latihan praktikal berkaitan WhatsApp Business, pemasaran Facebook dan TikTok, Personal Branding, Canva serta aplikasi digital yang membantu meningkatkan produktiviti usahawan.

• Aktif sebagai Wellness Advisor sejak tahun 2021 dengan memberi pendidikan dan bimbingan berkaitan penjagaan kesihatan kepada masyarakat serta pelanggan secara fizikal dan dalam talian.

• Mengurus dan menyelaras program infaq yang memberi manfaat kepada hampir 600 orang asnaf melalui kerjasama komuniti bersama Yayasan Eskayvie.

Visi “Memperkasakan usahawan dan syarikat tempatan ke arah kecemerlangan teknologi digital dan kesejahteraan holistik”

Untuk Siapa

🎯 1. Peniaga Mikro & Asnaf
🎯 2. Peniaga Yang Tiada Sistem
🎯 3. Usahawan Baru/Sambilan
🎯 4. Pengguna WhatsApp Biasa

Sedia Untuk Mula?

Tinggal 19 tempat sahaja — daftar sekarang untuk kunci tempat anda.

Daftar Sekarang — RM 50.00