Discover Your Personality
Unlock Your Trueself

Discover Your Personality

Setiap individu mempunyai gaya personaliti yang unik yang membentuk cara berfikir, berkomunikasi, membuat keputusan dan berinteraksi dengan orang lain. Program ini membantu peserta mengenali diri di sebalik tingkah laku harian, memahami personaliti sendiri, mengenal pasti kekuatan serta potensi yang dimiliki, dan meningkatkan kemahiran komunikasi serta hubungan interpersonal melalui pendekatan psikologi yang praktikal dan berasaskan bukti.

Psikologi 📅 27 Jul 2026 🎟️ 10 tempat lagi
RM 70.00

Daftar Sekarang

Apa Yang Anda Akan Pelajari

✓Memahami asas personaliti dan bagaimana ia membentuk cara berfikir, emosi serta tingkah laku dalam kehidupan seharian.
✓Mengenal pasti gaya personaliti, kekuatan dan potensi diri untuk meningkatkan kesedaran kendiri dan pembangunan peribadi.
✓Memahami perbezaan personaliti individu bagi meningkatkan komunikasi, kerjasama dan hubungan interpersonal yang lebih berkesan.
✓Mengaplikasikan pengetahuan tentang personaliti dalam membuat keputusan, mengurus konflik dan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi kehidupan serta tempat kerja.

Pengajar Anda

N

Norhayati Binti Izhar

Psikopendidikan, Psikologi Kaunseling, AI Literasi

Psychoeducation Trainer, Research Consultant dan Aspiring Counselor yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan melalui pendekatan psikologi berasaskan bukti (evidence-based). Berbekalkan latar belakang akademik dalam Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling) dan Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), beliau menggabungkan kepakaran penyelidikan, psikologi tingkah laku dan reka bentuk pembelajaran bagi menghasilkan latihan yang strategik, praktikal dan berimpak. Beliau berpengalaman membangunkan modul serta menyampaikan latihan kepada organisasi, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti dalam bidang kesejahteraan mental, kecerdasan emosi, komunikasi, kepimpinan dan pembangunan pasukan. Beliau komited membantu individu serta organisasi memperkukuh daya tahan psikologi, meningkatkan prestasi dan mewujudkan perubahan yang mampan.

Untuk Siapa

🎯 1. Individu, belia dan ahli komuniti yang berminat untuk meningkatkan kesedaran kendiri, hubungan interpersonal dan pembangunan diri.
🎯 2. Kakitangan sektor awam dan swasta yang ingin meningkatkan kesedaran kendiri serta keberkesanan komunikasi di tempat kerja.
🎯 3. Pemimpin, penyelia dan pengurus yang ingin memahami gaya personaliti bagi membina hubungan kerja dan memimpin pasukan dengan lebih efektif.
🎯 4. Usahawan dan pemilik perniagaan yang ingin memperkukuh kemahiran interpersonal dalam mengurus pelanggan, rakan niaga dan pasukan.
🎯 5. Guru, pensyarah dan pendidik yang ingin memahami kepelbagaian personaliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
🎯 6. Pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin mengenali potensi diri sebagai persediaan menghadapi dunia kerjaya.

Sedia Untuk Mula?

Tinggal 10 tempat sahaja — daftar sekarang untuk kunci tempat anda.

Daftar Sekarang — RM 70.00