Dalam dunia yang semakin pantas dan mencabar, keseimbangan antara tuntutan kerja dan kehidupan peribadi menjadi faktor penting dalam mengekalkan kesejahteraan psikologi dan prestasi. Program ini membantu peserta memahami bagaimana tekanan, beban kerja dan tabiat harian mempengaruhi keseimbangan hidup serta risiko burnout. Melalui pendekatan psikologi yang praktikal dan berasaskan bukti, peserta akan mempelajari strategi mengurus tekanan, menetapkan sempadan yang sihat serta membina rutin yang menyokong kesejahteraan dan produktiviti secara berterusan.
Psychoeducation Trainer, Research Consultant dan Aspiring Counselor yang memfokuskan kepada pembangunan modal insan melalui pendekatan psikologi berasaskan bukti (evidence-based). Berbekalkan latar belakang akademik dalam Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling) dan Sarjana Sains (Teknologi Maklumat), beliau menggabungkan kepakaran penyelidikan, psikologi tingkah laku dan reka bentuk pembelajaran bagi menghasilkan latihan yang strategik, praktikal dan berimpak. Beliau berpengalaman membangunkan modul serta menyampaikan latihan kepada organisasi, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan komuniti dalam bidang kesejahteraan mental, kecerdasan emosi, komunikasi, kepimpinan dan pembangunan pasukan. Beliau komited membantu individu serta organisasi memperkukuh daya tahan psikologi, meningkatkan prestasi dan mewujudkan perubahan yang mampan.
Tinggal 10 tempat sahaja — daftar sekarang untuk kunci tempat anda.
Daftar Sekarang — RM 70.00